Powered by Blogger.
Authorized Dealer (A3668) Public Fine Gold International Sdn Bhd

Menjual dan membeli emas pelaburan (gold bar & dinar)

Berminat utk menjadi agen public gold email saya di rahsiakecantikan@yahoo.com

Menjual produk kesihatan dan kecantikan online rahsiakecantikan.com

Stoma-K (Herba Pelangsing)

Saturday 28 May 2011




Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak. Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung. Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-

1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.

2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.

Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica 2. Centella Asiatica.

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 33

* price include postage

CARA PEMBAYARAN

Read more...

Emas Paling Selamat Simpanan Nilai

Monday 23 May 2011

 
Di kalangan pelbagai jenis logam berharga , emas adalah yang paling popular kerana dianggap sebagai instrumen pelaburan yang selamat dalam melindung nilai penurunun nilai wang jika berlakunya krisis ekonomi, politik dan social.

Sejak 5,000 tahun dahulu emas dianggap sebagai logam penyimpan nilai , yang mana ia digunakan sebagai mata wang dan standard sandaran mata wang oleh tamadun Islam dan Negara global yang lain.


Pada kurun ke-19 negara di eropah mengamalkan sistem kewangan yang dikenali ‘Gold standard’ yang mana emas dijadikan sandaran rizab mata wang masing-masing, sebelum ia dirombak susulan krisis kewangan ekoran perang dunia pertama.


Selepas perang dunia ke-2 , sistem kewangan Bretton Woods diamalkan yang mana Dollar Amerika (US) yang mula menjadi mata wang utama dunia ditambat dengan emas pada kadar AS$35 setiap auns.


Sistem itu bertahan sehingga 1971 sebelum masyarakat antarabangsa beralih menggunakan sistem mata wang fiat yang berasaskan nilai sah yang dapat diterima umum dan tidak lagi bersandarkan emas. Switzerland Negara terakhir yang bertukar kepada sistem itu pada tahun 2000.


Bagaimanapun sehingga kkini, emas kekal sebagai logam penyimpan nilai kerana ia memiliki cirri istimewa seperti cantik pada pandangan mata, mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilai, mudah ditunaikan tidak boleh dibinasakan dan sukar diperoleh.


Emas dalam apa jua bentuk termasuk debu sekalipun tetap berharga. Harga syiling emas kijang Bank Negara pada 18 Januari 2001 adalah RM$1,082 satu auns dan harganya pada Jumaat akhir Julai 2010 adalah RM$4,060 satu auns, meningkat 275% atau boleh diterjemahkan sebagai purata pulangan 30.05 % setahun sepanjang tempoh 9 tahun.


Kenaikan tinggi harga emas khususnya sejak 2008 menyebabkan muncul banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas secara meragukan di Negara ini dan sebilangan daripadanya menyebabkan kerugian jutaan ringgit wang pelabur.


Pelaburan emas sebetulnya boleh dibuat secara sendirian dengan membeli emas di kedai emas , membeli wang syiling emas kijang Bank Negara daripada Bank terpilih, membeli emas fizikal di bank yang menawarkan jualan serta menerusi pembukaan akauan simpanan emas yang ditawarkan dibeberapa bank di negara ini.


Pelabur disarankan membeli emas di kedai emas terkemuka bagi memudahkan ia dijual pada masa depan. Untuk tujuan pelaburan emas itu hendaklah jongkong emas 24 karat atau emas 999. Bukannya barang kemas kerana harganya lebih tinggi kerana ada upah tukangan dan keuntungan jualan dan ada potongan apabila emas itu dijual kembali dan lazimnya potongan itu adalah antara 10%-15.


Emas Syiling kijang Bank Negara boleh dibeli di cawangan bank seperti Malayan Banking Bhd (Maybank) terpilih dan maklumat mengenai harga jual beli syiling itu boleh diakses di laman web bank Negara (www.bnm.gov.my dan maybank2u.com. Selain itu pelabur juga membeli emas yang ditawarkan oleh Bank tempatan antaranya Public bank )Gold Investment Account (GIA) dan Maybank saving passbook Account( GSPA.


Melabur emas hendaklah mengetahui cara-caranya dengan betul supaya tidak tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang hanya diwujudkan untuk mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga logam berkenaan.


• Penulis pernah hadir suatu forum ekonomi pada yang dibentangkan oleh pakar, penganalisis ekonomi Negara dan Mantan Presiden Bursa Malaysia Dato’ Salleh Majid bahawa pelaburan emas adalah yang paling tinggi keuntungan disamping kurang risiko namun perlu mengetahui cara dan ilmu berkaitannya, dan pesanannya kepada hadirin sekiranya ada wang agak banyak segeralah beli emas atau syling emas dan seumpamnya dan Insyallah banyak untung dan tidak rugi berbanding pelaburan benda lain.


• Melabur dengan Dinar Emas merupakan salah satu alternatif pelaburan yang baik kerana emas merupakan logam yang paling stabil nilainya di dunia.


• Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


• Antara kelebihan Dinar Emas:
• 1. Harganya agak murah dan mampu milik.
• 2. Bebas daripada inflasi.
• 3. Bebas daripada unsur riba'.
• 4. Sebagai alat transaksi pertukaran.
• 5. Sebagai simpanan dan pelaburan, pembayaran zakat, hadiah, maskahwin dan hantaran perkahwinan.

Read more...

CADAR BUBBLE PINK QUEEN SIZE

Sunday 22 May 2011




CARA PEMBAYARAN

Read more...

Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur

Friday 20 May 2011


Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.

Read more...

Toner Ainun Theraphy (10ml) - RM29.90

Wednesday 18 May 2011

Toner Ainun Theraphy


Toner Ainun Theraphy adalah sejenis rawatan yang berkesan untuk pancaindera,
Produk ini boleh merawat kerabunan, kesilauan, penyakit selaput mata, merawat mata berair dan menghilangkan keletihan mata. Ia juga dapat membantu membuang habuk,merawat mata merah, gatal-gatal mata, silau, glaucomadan katarak pada mata.

Bagi kegunaan hidung pula, ia merawat kegatalan hidung seperti resdung dan meredakan bersin.Manakala untuk kegunaan telinga pula, ia dapat merawat gatal telinga, telinga bernanah dan telinga berdengung.
Ainun Theraphy juga dapat merawat ulser mulut dan gusi berdarah.Produk ini boleh meneutralkan bahan kimia kerana ia terdiri daripada mutiara, herba dan karang laut. Ia juga tidak merbahaya jika terminum.

Toner Mata Ainun Theraphy, Sayangi Mata Anda, Peliharalah Anugerah Ilahi, AINUN THERAPHY

Diformulasikan oleh SUFI HARAKI (Graduan Universiti Al-Azhar) menggunakan kaedah tradisi dan moden serta melalui pengalaman merawat pelbagai masalah kesihatan. Toner mata ini dihasilkan dari formula Mutiara, Herba dan Karangan Laut. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.Pengasas Ainun Therapy adalah perantis kepada wujudnya Permata H***** dan Ainun B*****.Keistimewaan yang jelas dimiliki oleh Ainun Therapy adalah satu formula untuk semua masalah mata dan satu harga.

TONER MATA
Toner Mata Ainun dihasilkan daripada formula mutiara, herba dan karangan laut.Toner ini tidak mempunyai barangan terlarang seperti bahan kimia dan tidak memabukkan serta meneutralkan bahan kimia.

KEGUNAAN AINUN THERAPHY
MATA
Menghilangkan @ mencerahkan kerabunan
Menghilangkan selaput mata
Merawat masalah mata berair @ kering
Menghilangkan keletihan mata
Membuang habuk
Merawat mata merah
Menghilangkan silau @ senak mata
Merawat gatal mata @ resdong mata
Merawat Glaucoma (Tekanan Darah Tinggi dalam Mata)vMerawat Ketarak (Selaput Dalam Mata)

HIDUNG
Merawat gatal hidung @ Resdung
Mencegah tersumbat hidung
Meredakan bersin

TELINGA vMerawat gatal telinga
Merawat telinga bernanah
Merawat telinga berdengung

MULUT
Merawat ulser mulut
Merawat Alergik (Alahan)

CARA RAWATAN
Gunakan mengikut keperluan. Titiskan 3 titik-5 kali sehari pada mata, mulut (Titiskan Ikut Keselesaan), hidung ( 2 titik kiri dan kanan) dan telinga ( 2 titik biarkan ia meresap kemudian bersihkan menggunakan kapas telinga.

Toner Ainun Theraphy (10ml) - RM29.90

Toner Ainun Theraphy (20ml)- RM49.90

Toner Ainun Theraphy (30ml) - RM69.90

 CARA PEMBAYARAN

Read more...

Emas Sebagai Simpanan, Pelaburan atau Perlindungan?

"GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini. Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu. Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis."
Walhal, sebelum ini pun dah banyak kes-kes penipuan yang melibatkan pelaburan emas, ada yang diuruskan oleh syarikat dan ada juga secara individu. Persoalannya kenapa masih terdapat lagi golongan yang menjadi mangsa? sedangkan bukan sahaja dari golongan yang tiada pengetahuan tentang emas, bahkan golongan yang telah berkecimpung dalam perniagaan emas pun terkena sekali. So What?


Di sini ada perkara yang perlu kita pertimbangkan dahulu sebelum kita membuat keputusan menyimpan atau melabur. Kita sering diberitahu dan diseronokkan dengan khabar-khabar mengenai faedah yang bakal kita perolehi sekiranya kita menyimpan atau melabur dalam emas. Ya! memang betul ada fakta dan rekod terdahulu yang boleh kita rujuk untuk menyakinkan diri bahawa kita akan mendapat keuntungan. Tapi...

Apa yang kita hendak sebenarnya? itu masing-masing ada jawapan tersendiri. Tetapi pada saya apa yang telah dikupaskan oleh UZAR sudah cukup menyedarkan diri sendiri. Keuntungan yang dicari, yang terjadi sebaliknya. Maka saya mengambil jalan selamat dengan menjadikan stok emas jongkong dan dinar emas yang ada sebagai pelindung sahaja, bukan untuk pelaburan. Jangan kerana terlalu seronok menjangkakan kenaikan nilai emas dan dinar dimasa hadapan kita berusaha mendapatkan wang ringgit samada secara pinjaman, overdraft, ansuran dsbnya untuk menyimpan atau melabur dalam emas. Adalah salah jika kita beria-ia meletakkan keyakinan yang sungguh-sungguh tentang ramalan/jangkaan kenaikan harga emas dimasa hadapan. Ramalan tetap ramalan, sama juga kalau kita yakin terhadap ramalan kaji cuaca itu pun dikira salah. Sekadar rujukan tidak mengapa, tetapi tidak meletakkan keyakinan. Sebenarnya, tak salah kalau nak simpan emas banyak-banyak, sebab dalam Islam pun dibenarkan selagi emas itu samada pakai(terlebih uruf) dan simpan melebihi nisab perlu dikeluarkan zakat.

Terbaik pada saya, jika kita ada lebihan simpanan wang ringgit atau nak beralih pelaburan sediada. Maka, inilah yang sepatutnya kita lakukan dengan menyimpan emas melalui lebihan simpanan & pelaburan lain. Niat kita bukan untuk keuntungan semata-mata, tapi simpan emas untuk pelindung kekayaan aset. Sebab nilai wang ringgit akan mengalami inflasi dari masa ke semasa, jadi emas sebaik-baik alternatif untuk menyelamatkan aset kita. Sebenarnya, bukan emas sahaja menjadi pilihan, perak pun sesuai juga untuk jangkamasa panjang.

Read more...

HI - GOAT (SUSU KAMBING)

Tuesday 17 May 2011





SUSU KAMBING
SUSU UNTUK KEHIDUPAN
MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.

Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

KEBAIKAN SUSU KAMBING

Susu Terbaik Di Dunia Selepas Susu Ibu
Tidak Menyebabkan Alahan
Susu Terbaik Bagi Mereka Yang Alah Dengan Susu Lembu Atau Susu Soya
Menguatkan Sistem Imunisasi Tubuh
Susu Kambing Bersifat Alkali Manakala Susu Lembu Bersifat Asidik
Mengimbangi Kandungan Gula Dalam Darah
Membantu Menyembuhkan Penyakit-Penyakit Seperti Asma,
Semput, Demam Kuning, Ulser Perut, Buasir,
Darah Tinggi, Jantung Dan Sebagainya
Meningkatkan Tenaga Dan Tenaga Batin
Awet Muda
Meningkatkan Jisim Tubuh, Tulang dan Otot Yang Sihat
Melancarkan Sistem Penghadaman Dan Perut
Baik Untuk Ibu-ibu Selepas Bersalin Yang Menyusukan Anak
Tingkatkan Daya Kepekaan, Penumpuan Dan Perkembangan Otak

HARGA
WM : RM36.60 EM : RM41.60

CARA PEMBAYARAN

Read more...

Simpan Emas Jimat Belanja Kahwin

Monday 16 May 2011

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Kos kahwin sekian hari semakin meningkat,  harga dan perkhidmatan persiapan perkahwinan semakin mahal, jelas disitu inflasi semakin meningkat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk membeli barang yang sama digunakan setiap tahun.  Contoh, perkhidmatan fotografi dulunya hanya menelan belanja RM1000, sekarang sudah mencecah RM1500, padahal peralatan yang digunakan adalah sama seperti tahun-tahun sebelumya.
Setiap majlis perkahwinan memerlukan sebentuk cincin, kebiasaannya cincin emas buat si isteri yang tercinta, cincin menjadi tanda ikatan sah suami dan isteri.

Pada tahun 1997, 1gram emas bernilai RM36, tahun ini 2011, 1gram emas sudah berharga RM150. Kiranya andai cincin berat 4 gram itu berharga RM150 siap upah tukang emas, hari ini anda perlu sediakan duit RM600 untuk cincin berat yang sama iaitu 4gram. Oh! inflasi..
rujuk disini –  Gold Price Malaysia per gram

Anda sudah bersedia untuk berkahwin? Kewangan anda macam mana? Kos kahwin sekarang dianggarkan dalam RM20000 ~ RM25000 dan mungkin lebih lagi, tapi saya ambil purata RM25000.  Saya akan tunjukkan bagaimana dengan menyimpan dinar emas dapat membantu anda menjimatkan kos perkahwinan anda.

Tahun bercadang untuk kahwin :  2016
Tahun sekarang : 2011
Tahun untuk persiapan : 5 tahun
Kos Kahwin : RM25,000.00 (Hantaran,Mas kahwin,Kenduri,Kos Hangus)

Kaedah:
Simpan atau beli dinar/emas pada tahun 2011 dengan harga : RM640
Purata kenaikan harga emas bagi 1 tahun: 25-30% (saya ambil 25%)
1. Harga dinar/emas pada tahun 2016 :  RM1953 ( pengiraan detail)
2. Harga dinar/emas pada tahun 2016 : RM1619 (pengiraan ikut sejarah peratus kenaikan di GoldPrice.org)

Dinar yang anda perlukan pada tahun 2016 : 16 Keping
RM25,000/RM1619 :  15.4 ~~ 16 keping

* saya pilih harga no2, rendah tidak mengapa, sebab harga semasa dinar pada tahun 2016 mungkin lebih dari RM1619 

Kesimpulan:
Anda perlu membeli dinar/emas pada tahun 2011 sebanyak : 16 keping
Harga dinar / emas pada tahun 2011 : RM640 x 163 : RM10240
Jangkaan harga 1 dinar emas bernilai RM1619 pada tahun 2016, dengan bermodalkan RM10240 pada tahun 2011, anda mampu membiayai kos perkahwinan anda pada tahun 2016! InsyaAllah..

Read more...

EXAMO EKONPEK

Saturday 14 May 2011





MENGANDUNGI:

EXAMO CKM 500 PLUS

Kesan Kegunaan
Membantu melekaskan tindakanEXAMO CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO CKM 500. Sama peranannya seperti pemangkin.

Lain -Lain Kegunaan
Dapat membantu EXAMO CKM 500 terutama dalam kes - kes berikut:-

1. Lupa yang amat teruk
2. Hilang semangat untuk belajar atau bekerja
3. Peribadi terbelah (split personality)
4. Perasaan mendengar bisikan dari belakang
5. Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong.
Cara Makan 1 biji 1 kali seminggu

EXAMO CKM 500

Kesesuaian Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Cara Makan Dikemam dalam mulut.
Bayi (kurang 1 tahun) -- 1 biji.
kanak-kanak (1-7 tahun) -- 2 biji.
kanak-kanak (7-14 tahun) -- 3 biji.
Dewasa (14 tahun keatas) -- 4 biji.

EXAMO CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap. Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:

Lesu.
Lemah.
Mengantuk.
Sengal otot dan sendi.
Lapar dan dahaga.
Marah-marah.
Tidak dapat meneruskan kerja.


Pengalaman terasa anak semakin cerdik Sungguh tidak dipercayai .....


HARGA RM 80.00

CARA PEMBAYARAN


Read more...

Nota Pendek Asas Simpanan Emas

Wednesday 11 May 2011


Rasanya dah berbuih orang memberitahu kepentingan emas. Maka apa yang penting, anda sendiri perlu berusaha mencari apakah asas menyimpan emas.

1. Perkara pertama, search pelbagai blog dan halaman web tentang emas. Baca-baca dan terus membaca.

Kalau tak faham, tanyalah otai-otai kita, kalau nak tahu lagi pergi lah seminar seminar emas yang tumbuh bagai cendawan sekarang. Disini, anda kena tahu, apa itu Emas 999, 950, 916, 875,apa itu 24 Karat, 22 Karat, apa itu suasa, apa itu Dinar, berapa gram dinar tersebut, dirham, apa itu dirham dan berapa gram.

2. Alert dengan harga emas semasa. Lihat goldprice.org, kitco.com atau harga-harga pengedar emas malaysia seperti pulicgold dan GCP. Bila masa waktu New York mulakan trading emas.

3. Jenis pelaburan emas- Emas Gold Bar ke Akaun Simpanan Emas atau juga Barang Kemas

Kompilasi Harga Emas hari ini di Malaysia dan antarabangsa

Harga Harian Syiling Kijang Emas

Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)

Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)

Harga Dinar Emas Kelantan

Harga Emas UOB Bank Gold Products

Persatuan barang kemas Malaysia (FGJAM)

Harga Emas Dunia (spot gold)

Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram

Harga Emas 30 hari 60 hari, 6 bulan 1 Tahun 5 Tahun 10 Tahun

Harga Perak 30 hari 60 hari, 6 bulan 1 Tahun 5 Tahun 10 Tahun
Harga Akaun Simpanan Emas
Harga Emas Hari ini Public Bank Akaun Pelaburan Emas (GIA)
Harga Emas hari ini Maybank Akaun Simpanan Emas (GSPA) 
Akaun Kuwait Finance House -


4. Perlu belajar apa tu Jenama produk kita, kekukuhan syarikat itu, dimana mahu membeli dan yang paling penting mana nak dijual emas tersebut

5. Bagaimana nak memulakan simpanan emas, berapa banyak perlu saya beli, berapa banyak perlu dibeli dan dijual setiap bulan, Bagaimana cara anda laburkan wang anda

6. Kat mana nak pajak, jika ada masa anda nak wang segera atau nak tambah stok emas.
7. Kenapa perlu beli emas dari wang yang anda dapat bulan? Apa itu inflasi?
Selamat melabur!
 
sumber: tokperaihemas.com

Read more...

Limmina Plus

Monday 9 May 2011





Ciri tradisional untuk gaya kehidupan aktif dan sihat


Limmina Plus


Digunakan secara tradisional untuk

Membantu memecahkan lemak dalam badan
Mencuci usus
Melawaskan sistem perkumuhan
Menurunkan berat badan

Limina Plus perlu diamalkan sebelum menggunakan mana mana pemakanan ATAU minuman untuk mendapatkan penyerapan yang lebih sempurna.


Testimoni 1
Pn. Azlina
Limmina Plus di antara produk yang saya amalkan sewaktu dalam pantang. Ianya bertujuan mengelakkan masalah sembelit dan mempercepatkan proses pemulihan dalam rahim. Disamping itu, Limmina Plus juga berfungsi untuk membersihkan usus dan menurunkan berat badan. Amalkan Limmina Plus sekiranya anda inginkan kesihatan yang baik kerana usus yang baik memberi jaminan kepada kesihatan yang optimum.

Testimoni 2
Mak Cik Esah, Bidan
Sebelum saya menemui produk LImmina Plus selalunya saya mengesyorkan kepada pelanggan saya supaya minum air asam jawa supaya pelanggan saya dapat membuang air besar sebelum saya menjalankan tugas menaikkan peranakan dan memudahkan tugas saya untuk mengurut tetati setelah saya dapati Limmnina Plus bukan sahaja mampu membantu pelanggan saya membuang air besar dengan mudah tetapi saya juga dapati kesan jahitan lebih cepat sembuh dan peranakkan cepat kecut. Dan mengikut pengalaman daripada pelanggan pelanggan saya, mereka juga memberitahu saya Limmina Plus membantu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut yang buncit.

Testimoni 3
Pn. Dewi
Saya boleh makan seberapa banyak pun, berat badan saya tetap ideal. Sehingga pada satu hari saya tidak boleh lagi memakai kesemua pakaian seragam kerana sudah ketat dan lama-kelamaan, saya mula hilang keyakinan diri dengan bentuk badan saya yang ?bulat? ini. Saya bertekad utk mengurangkan berat badan. Akhirnya saya mencuba Limmina Plus. Saya menuruti segala arahan yang diberi termasuk banyak minum air untuk membantu mempercepatkan penurunan berat badan.
Alhamdulillah berkat dengan penggunaan produk Limmina Plus dan minum banyak air dalam masa 2 hari berat badan saya menurun 1kg. Kini saya lebih sihat dan amat aktif dalam kegiatan fizikal. Hebat sekali, kan!.



HARGA
RM56.00

(POS LAJU FREE)

Read more...

Diam itu Lebih Baik

Sunday 8 May 2011

LEBIH BAIK DIAM
Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!” terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ”
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

“Diam-diam ubi berisi”
atau
“Diam-diam tong kosong”
atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”


HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Read more...

JUS QASEH KEKANDA

Saturday 7 May 2011





JUS QASEH KEKANDA

Minuman herba bertenaga istimewa dengan gabungan makanan sunnah seperti madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam dan berbagai herba terpilih seperti gingko biloba, sireh dan guarana khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islamik untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa!

Bagaimana Qaseh dapat membantu?

Dari Sudut Jasmani
- Membantu memperelokkan fungsi sistem tubuh seperti sistem pencernaan, sistem saraf, aliran darah dan sebagainya.
- Membekalkan tenaga dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.
- Membantu mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh badan.
- Membantu meningkatkan kecerdasan minda.

Dari Sudut Rohani
- Dari sudut penyediaan produk, dengan amalan doa dan bacaan ayat Al Qur'an serta piawaian IMP menyumbang kepada ketenangan jiwa.
- Dari sudut saintifik, kandungan tryptophan dalam kurma, habbatus sauda' dan za'faran dapat membantu memperbaiki mood & memberi kelegaan emosi.

Harga Semenanjung : RM 71.90
Harga Sabah/Sarawak : RM 76.90

cara pembayaran

Read more...

Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin????

Friday 6 May 2011

Salam.... Hari ni, saya nak share pula tentang Dinar Emas sebagai Mas Kahwin... Ni bukan kursus/ceramah kahwin eh... Just sharing... Hehe... Ok, apa itu Mas Kahwin??? Saya rasa ramai yang tahu tentang mas kahwin ni...



Mas Kahwin adalah bayaran oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga untuk menunjukkan kesungguhan mengahwininya, serta tidak sewenang2nya memasuki alam perkahwinan tanpa ada rasa tanggungjawab di pihak suami.

Melalui pemerhatian & pembacaan saya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin ialah M.Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. 13 keping dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua2 mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih dinar emas kerana “ingin kembali kepada tradisi islam”. Hmm...cuba la kira sendiri, kalau sekarang ni, 13 keping dinar emas, sekeping harga RM650, dah cecah harga RM8,450 tuk sume dinar emas tu... Fuhh....


Sekarang ni pun kita dah sedia maklum, tiap2 tahun, nilai mahar (mas kahwin) sentiasa meningkat..selari dengan susutnya niai wang kertas. Kalau zaman orang tua kita dulu, duit hantaran dalam RM1000++. Tapi zaman kita sekarang ni, letak duit hantaran RM1000, orang dah tak pandang dah. Apa yang menjadi kebiasaan sekarang ni, nilai duit hantaran depend dengan education bakal isteri. Diploma pun paling rendah RM6000, itu belum yang belajar degree.

Kalau kita simpan duit kertas untuk kahwin, mungkin masa kita dah mula bekerja, baru boleh mula menyimpan. Nilai duit hantaran pada masa sekarang ni, RM6000 (tahun 2010). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kawen 5 tahun lagi (tahun 2015).

Contoh 1:
Mungkin pada masa 5 tahun akan datang.
Nilai mas kahwin dah naik ke rm10,000 atau lebih...
Jadi mcm tidak berbaloi simpanan kita tu.
Kita terpaksa menyimpan additional RM4,000 jika pada masa tu, keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai duit hantaran. Bcoz kita cuma simpan RM6000..

Contoh 2. 
Seperti mana yang kita sedia maklum,
kenaikan harga emas dalam anggaran 25% setahun. 
Cuba kita bayangkan dalam masa 5 tahun. (5 tahun x 25% = 125%).
Banyak kan kenaikan harga emas??? Dalam masa 1 tahun kita boleh simpan 12 dinar emas dengan anggaran harga belian sekeping RM650...

Tahun 2011    : RM650 x 12 dinar emas = RM7,800
Tahun 2012    : RM7,800 x 25% = RM1,950 + RM7,800 = RM9,750
Tahun 2013    : RM9,750 x 25% = RM2,437.50 + RM9,750 = 
                             RM12,187.50
Tahun 2014    : RM12,187.50 x 25% = RM3,046.88 + RM12,187.50 
                             = RM15,234.38
Tahun 2015    : RM15,234.38 x 25% = RM3,808.60 + RM15,234.38 
                              = RM19,042.98

Cuba bayangkan,
dengan simpanan dinar pada tahun 2011 sebanyak 12 keping dengan harga RM7,800. Nilai dinar kita pada masa 2015 akan datang bernilai RM19,042.98
Dah, tak payah kira2 dah...banyak dah naik....
Semua mesti dah dpt my point kan???   =)




Dengan cara ini bukan sahaja simpanan kahwin kita terjamin, tapi siap mempunyai lebihan lagi.
Semoga dengan artikel ini, anak-anak muda yang belum berkahwin boleh buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kahwen/simpanan utk duit hantaran mereka nanti..

Cara ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka sebagai saving untuk masa hadapan =) Banyak lagi kelebihan dinar emas. Nilai emas tidak susut macam nilai mata wang, malah semakin naik..  
Renung-renungkan.... Ini hanya pendapat saya sahaja..  =)



Read more...

LOSYEN MUJARAB PATI HALIA

Thursday 5 May 2011




HALIA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI UNTUK KESIHATAN MANUSIA
Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar penyelidikan dari dalam dan luar negara menunjukkan halia sejenis tumbuhan herba yang mengandungi nilai perubatan yang tinggi untuk kesihatan manusia.

Halia bertindak terutamanya pada sistem pengahadaman, manambahkan cecair penghadaman dan meneutralkan asid, ia menjadi alternatif perubatan terbaik kepada ubat anti loya dan rasa pitam. Selain daripada membuang angin, halia juga melegakan sakit-sakit pada otot dan sendi. Halia mengandungi antioksidan bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati. Lain- lain kebaikan halia yang dilaporkan oleh pakar adalah seperti berikut:

Kembung perut, sakit perut, menghilangkan bau mulut serta lender dan kahak, baik untuk tenaga batin, batuk, selsema, senggugut (bagi wanita) dan sesak dada.

LOSYEN MUJARAB PATI HALIA
Disyorkan untuk :

Buang angin

Buang lemak

Buang selulit

Melangsingkan badan

Sakit perut dan kembung perut

Masalah senggugut

Kebas dan sengal-sengal otot

Aktiviti kesukanan

Terkena api/ Bahan panas

Gigitan nyamuk/serangga

Melancarkan peredaran darah

Harga

WM RM 23.00

EM RM 26.00
rahsia kecantikan semulajadi

 

Read more...

Mutiara Kata : Hikmah Iman

Wednesday 4 May 2011





Berimanlah......Kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan.Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengESAkan ALLAH dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.

Read more...

Ragu-ragu nak beli emas?

Monday 2 May 2011

Kebanyakn org jika ditanya adakah membeli emas merugikan? semua org akn mengatakan tidak! ttpi ramai yg takut utk mmbeli emas, dgn alasan takut aset mereka sukar utk dicairkan..

Sbnrnye, lbih mudah utk anda melindungi nilai aset dan kekayaan anda dgn cara membeli emas berbanding anda menyimpan secara tunai di bank... bkn itu shj, bahkan secara x lgsg anda akn menikmati keuntungn drpd kenaikan nilai emas setiap thn sekitar 15-30% !! ini adlh fakta !!

Sy beri anda cth sbg pembuka minda, sekiranya anda mempunyai wang sebyk RM 10k yg anda simpan di dlm bank pd hari ini, setahun akn dtg wang itu masih kekal RM 10k, itu masih ok...tp sgt malang krn wang RM 10k pd thn itu x dpt mmbeli brg yg sama nilai dgn RM 10k pd hari ini..

Mengapa ini berlaku? itulah yg dinamakan inflasi. .iaitu penyusutan nilai wang!! situasi akn berbeza jika RM 10k itu anda belikan emas yg sama nilainya, dan anda simpan sbg aset pelaburan CAIR...setahun akn dtg nilai emas itu akn meningkat 15-30%, secara tidak anda sedari, anda telah menjana keuntungan yg 3-4 kali ganda lbih tggi berbanding ASB...bahkan, dlm mase yg sama anda juga tlah melindungi nilai harta / simpanan tunai anda.

Mudah shj kan? ape yg pnting hanyalah tukar cara anda berfikir, keluarkan minda dan ekonomi anda dari dibelenggu oleh sistem kapitalis yg stiap hari memerah hasil penat lelah anda dgn kenaikan kadar inflasi saban hari...

Pd posting diatas sy highlight kan perkataan aset CAIR, kenape..? krn masih ramai di kalangn masyarakat kita yg menyangka sekiranya mereka membeli emas, harta / wang mereka akn mnjadi aset beku..sukar utk dicairkan krn perlu menunggu waktu yg lama utk menantikn kenaikan harga emas sblm ianya boleh dijual semula...ini adlh persepsi pd 20-30 thn yg lalu, sekiranya negara dan peradaban kita semakin maju, ttpi cara berfikir kita masih berada di takuk yg lama, maka kte akn trus ketinggalan di blkg....

Justeru, perlu kreatifkan minda dan cuba "berfikir di luar kotak", barulah anda akn dpt menikmati keselesaan hidup dan kebebasan kewangan..pd posting yg akn dtg, sy akn perincikan bagaimana caranya utk mengaut keuntungan ketika harga emas sedang menurun (Correction Price) dan bagaimana caranya menjadikn emas yg anda beli sbgai aset CAIR seterusnya menggandakan nilai aset anda....

Read more...

LE' ESPECIAL (FOR WOMEN PERFUME)

Sunday 1 May 2011






Keharuman merah jambu ini adalah simbol kecantikan yang berkekalan.

Info lanjut klik pada gambar.



HARGA

RM60.00 (INCLUDE POSTAGE)


CARA PEMBAYARAN

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP