Powered by Blogger.
Authorized Dealer (A3668) Public Fine Gold International Sdn Bhd

Menjual dan membeli emas pelaburan (gold bar & dinar)

Berminat utk menjadi agen public gold email saya di rahsiakecantikan@yahoo.com

Menjual produk kesihatan dan kecantikan online rahsiakecantikan.com

Khasiat susu kambing

Saturday 9 April 2011




Khasiat susu kambing


(Harian Metro – Apr 22, 2010)
KHASIAT susu kambing jarang dibicarakan apatah lagi pendedahan kebaikan susu lembu lebih meluas menyebabkan ramai tidak menyedari komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan bagi manusia dan kajian saintifik sudah membuktikannya.

Susu kambing lebih mudah hadam kerana ia mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus dan lembut berbanding susu lembu malah baik untuk diet bayi serta orang dewasa yang mengalami masalah penghadaman.
Lebih menakjubkan, susu kambing turut digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik kerana zarahnya halus serta bersifat menyah asid.

Sifat susu kambing yang mudah hadam itu membolehkan laktosa melalui usus dengan lebih mudah. Terdapat tujuh peratus kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu menyebabkan ia sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami cirit birit serta alahan kepada susu lembu serta susu tepung.

Sering kali individu mengalami sakit kepala, badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan serta tekanan darah tinggi disebabkan kandungan asid berlebihan dalam tubuh seseorang itu.
Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali dan ia tidak akan menjana penambahan asid dalam darah serta usus malah bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid lemak yang sedia ada dalam susu kambing bertindak mencegah kesan jangkitan kulat, membantu sistem pertahanan badan sekali gus meningkatkan tenaga manusia.

Istimewanya susu kambing berbanding susu lembu, ia tidak membentuk lendir dan mengakibatkan alahan kepada manusia.

Sistem imunisasi semula jadi yang terdapat dalam kandungan susu kambing seperti mineral selenium bertindak sebagai bahan bagi membantu ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida malah melawan virus dan mencegahnya daripada terus membiak.

Bagi individu yang mengalami masalah sendi boleh mengamalkan pengambilan susu kambing HiGoat tinggi protein dan kalsium kerana mengandungi Bioorganic Sodium baik bagi rawatan mengurangkan inflamasi sendi dan sebagai elemen anti penuaan.

Secara semula jadi, susu kambing boleh mencegah pembiakan organisma berbahaya dalam badan manusia.

Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium rendah dalam susu kambing sangat penting untuk membentuk tekanan darah yang normal serta mengawal fungsi hati dengan lebih baik.

Bahan riboflavin yang terkandung dalam susu kambing pula dapat memberi tenaga malah boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning manakala kandungan silikon serta flourine yang tinggi dapat mencegah diebates malah turut mengandungi faktor antibarah.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP